fbpx

Tular ‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Media sosial hari ini kecoh mengenai Tuanku Raja Noor Jan Shah yang pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dikhabarkan telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman Facebooknya hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkera berkenaan daripada Abdul Rani Kulup tidak berhasil.

Terdahulu, Noor Jan Shah, 64, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka.

Dia turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka pada tahun 2019. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI