fbpx

Tiga Live terpaksa dibatalkan sebab polis cari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Telegram milik Muhammad Nadir Al-Nuri.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan tiga program siaran langsung melibatkan dirinya terpaksa dibatalkan penganjur berikutan laporan pihak polis yang sedang mencari aktivis kemanusiaan di Gaza itu.

Perkara tersebut dikongsi di laman Telegram Muhammad Nadir Al-Nuri hari ini.

“Minggu ini tiga live dibatalkan penganjur selepas kecoh saya dicari tak jumpa.

“Alhamdulillah, Allah bagi rehat melalui jalan yang tak disangka-sangka,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, polis memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Kedua-dua mereka dicari untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI