fbpx

Tiga beradik kematian ibu bapa akibat Covid-19 terima bantuan Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK HAMDAN HUSSIN (kiri) menyampaikan sumbangan dan pencen penakat kepada anak kepada pasangan yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Kampung Padang, Kuantan semalam.

KUANTAN – Besar dugaan buat tiga beradik berusia 18 hingga 24 tahun dari Kampung Padang di sini apabila kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam tempoh singkat akibat Covid-19.

Bapa mereka, Mohd Fazir Abdul Hamid, 49, yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terlebih dahulu ‘meninggalkan’ tiga beradik berkenaan pada 21 Julai lalu sebelum diikuti ibunya, Hamzan Yusof, 49, pada 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun nasib mereka mendapat pembelaan apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Tiga beradik itu layak menerima bantuan khairat kematian daripada pihak terbabit serta menerima pencen penakat secara bulanan.

Majlis penyampaian wang pencen serta bantuan khairat kematian itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin serta Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar di rumah mereka di Kampung Padang, di sini semalam.

Tarmizi berkata, hasil siasatan mendapati arwah Mohd Fazir pernah mencarum Perkeso ketika masih bekerja dengan berstatus kontrak daripada 1992 hingga 2003.

“Ini melayakkan waris arwah menerima pencen penakat Perkeso termasuk faedah pengurusan mayat serta pencen penakat secara bulanan.

“Ketika dalam proses menguruskan faedah terbabit, kami mendapati isteri arwah yang bekerja di sebuah syarikat swasta juga meninggal dunia dan hasil semakan mendapati waris juga layak menerima faedah sama,”ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI