fbpx

Tiada sebarang aktiviti perhimpunan dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIada sebarang aktiviti perhimpunan atau perarakan membabitkan mana-mana individu dikesan di sekitar ibu negara hari ini.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis tidak mengesan sebarang aktiviti perhimpunan atau perarakan membabitkan mana-mana individu di sekitar ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah melancarkan penugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di sekitar daerah ini hari ini.

“Ia susulan maklumat yang diterima polis berhubung terdapat pihak-pihak tertentu yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan.

“Polis juga telah melaksanakan penutupan serta lencongan di 15 lokasi yang menghala ke Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pasukan pematuhan ini juga telah digerakkan ke lokasi tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mencegah mana-mana individu yang dikhuatiri akan mengadakan perhimpunan.

“Perkara (perhimpunan) ini jelas melanggar SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di dalam tempoh PPN.

“Justeru, Polis menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI