fbpx

The Reds jinakkan Burnley 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diogo Jota meraikan jaringan yang dilakukan bersama Trent Alexander-Arnold untuk menghadiahkan Liverpool kemenangan 2-0 ke atas Burnley sebentar tadi. - Foto Twitter EPL

LIVERPOOL – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menepati ramalan apabila mudah meraih tiga mata selepas menewaskan Burnley dengan keputusan 2-0 pada aksi di Stadium Anfield sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp mengekalkan ramuan sama seperti aksi pembukaan minggu lalu dengan membariskan trio serangan terdiri daripada Sadio Mane, Mohamed Salah dan Diogo Jota.

Keputusan tersebut nyata berhasil apabila gerakan ketiga-tiga pemain tersebut bijak memperdayakan benteng pertahanan Burnley pada awal saingan.

Liverpool tidak menunggu lama untuk meraih gol pembukaan hasil ledakan Jota yang berjaya menanduk masuk hantaran yang dilakukan oleh Konstantinos Tsimikas pada minit ke-18.

Salah berjaya menggandakan kelebihan tuan rumah berselang enam minit kemudian tetapi jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bersambung pada babak kedua, Liverpool terus garang menggasak untuk menambah gol tetapi beberapa peluang keemasan yang diraih menerusi Salah gagal menerjah jaring.

Namun, The Reds akhirnya mendapat gol kedua yang dicari apabila Mane bijak menyudahkan peluang selepas menerima hantaran Trent Alexander-Arnold pada minit ke-69.

Enggan menoleh ke belakang, Liverpool semakin garang mengasak tetapi beberapa percubaan yang dilakukan tidak menepati sasaran sekali gus keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI