fbpx

Suspek positif dadah rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 30-an ditahan polis ketika cubaan melarikan diri dalam kejadian di Jalan Bakri, Muar, Johor semalam.

MUAR – Tindakan seorang pemandu yang cuba melarikan diri ketika ditahan anggota polis peronda di Jalan Bakri, di sini, mengundang padah selepas dia terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek berusia lewat 30-an itu pada mulanya ditahan selepas dilihat mencurigakan, namun dia bertindak melarikan diri dengan menaiki kenderaannya.

“Dalam kejadian pukul 7.05 malam semalam, semasa anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan pemeriksaan terhadap seorang pemandu di Jalan Bakri, suspek bersikap agresif apabila melarikan diri ketika diperiksa.

“Anggota kemudiannya mengejar lelaki berkenaan dan mengarahkan dia untuk berhenti, namun suspek terus memecut laju dan bertindak membuat pusingan U secara merbahaya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zaharudin, kejadian itu menyebabkan suspek terlibat dalam kemalangan selepas kenderaannya merempuh sebuah kenderaan awam yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bakri.

Jelasnya, susulan insiden itu, polis berjaya menahan suspek yang merupakan lelaki warga tempatan dan menemui dadah dipercayai jenis syabu seberat 3.9 gram dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Terdahulu, satu video berdurasi 26 saat tular dilaman sosial menunjukkan aksi sebuah kereta jenis Honda dikejar kereta peronda polis (MPV) sejak petang semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI