fbpx

Sumbang paip air di dua kampung terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew menyumbangkan paip air untuk kegunaan penduduk di dua buah kampung yang terjejas akibat banjir.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati membelikan paip air bagi memudahkan penduduk di dua buah kampung di Yan, Kedah yang terjejas akibat banjir.

Ebit Lew menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, paip air itu diberikan selepas hampir semua penduduk di dua buah kampung itu terpaksa menggunakan air dari bukit selepas paip saluran air dihanyutkan banjir.

“Syukur pada Allah dapat belikan paip air untuk salurkan air bukit ke dua buah kampung dan masjid. Hampir kesemua penduduk di dua kampung ini menggunakan air bukit.

“Paip besar saluran sebelum ini dihanyutkan banjir baru ini. Jadi tiada air buat penduduk kampung. Mereka ambil dekat bawah dekat sungai kadang bertanah,” katanya hari ini.

Ebit turut bersyukur kerana usahanya itu dibantu penghulu kampung serta ahli jawatan kuasa (AJK) kedua-dua buah masjid di kampung tersebut.

“Syukur sangat kami bekerjasama dengan penghulu dan AJK dua buah masjid yang bersama kami. Imam ucap terima kasih sangat. Saluran air bukit bersih dan jernih.

“Semoga Allah mudahkan semuanya, semoga Allah bantu penduduk di Yan dan bantu kita semua. Terima kasih badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat yang banyak membantu,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI