fbpx

Sudah boleh bersuka riakah kita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / FARIZ RUSADIO

DITIDURKAN adalah perkataan paling menakutkan sepanjang tempoh dua, tiga minggu kebelakangan ini.

Namun di sebalik kegerunan, terdetik juga suatu rasa percaya, bahawa Tuhan tidak pernah tidur.

Kita tidak boleh melihat mahupun meramal masa depan, setiap bahaya yang kadang-kadang ada di depan mata pun tidak mampu kita jangka.

Kita hampir putus asa dan berserah, setiap hari ada sahaja kes yang meruntun jiwa. Kematian demi kematian, sama ada melibatkan orang popular atau biasa-biasa, kita yang masih hidup dan terhindar daripada Coviod-19 ini seolah-olah sedang menunggu giliran di tepi sebuah gelanggang pertarungan.

Di hadapan kita, seorang demi seorang telah tumbang dan setiap daripada kita berjuang dalam posisi masing-masing.

Kita boleh merancang untuk keluar, atau ‘harus lari ke hutan, belok ke pantai’, seperti bait puisi Aan Mansyur dalam filem terkenal Ada Apa Dengan Cinta. Namun hendak lari ke mana pun, situasi sama yang menanti.

Ternyata Tuhan tidak tidur. Ketika ini, sedikit sahaja khabar gembira sudah boleh membahagiakan.

Sejak semalam, banyak khabar gembira diumumkan buat rakyat Malaysia. Ramai yang sudah berkira-kira hendak makan di kedai, banyak aktiviti sosial dan rekreasi, kembara jalan kaki dan perkhemahan juga sudah dibenarkan, tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Apalah sangat SOP tersebut, semua orang berjanji akan ikut SOP asalkan dibenarkan buat perkara yang selama ini dihalang. Terasa derita sumpahan korona seperti hilang buat seketika.

Itu tidak termasuk kes pasangan jarak jauh yang sudah dibenarkan rentas daerah dan banyak sektor perniagaan dibuka semula selepas tiga bulan tutup kedai. Semua itu menggembirakan tetapi dalam masa sama, kes positif Covid-19 terus meningkat.

Apa nak buat, ekonomi sudah tenat, rakyat sudah penat, kerajaan juga agakya sudah lemas akibat diasak, mungkin alang-alang kes positif pun makin hari asyik meninggi, SOP serupa tak nampak jalan, longgarkan sahaja untuk kepuasan sementara!

Entahlah, ‘apa akan jadi hari, ku nanti’ (baik lirik lagu Istana Menanti), mari kita tadahkan harapan.Bukankah sudah lebih 11 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing telah lengkap dua dos vaksin, tinggal lagi jangan terlalu gembira. Yang belum dapat atau tolak vaksin, semoga ada jalan terbaik buat kalian.

Cuma, sepanjang pandemik ini, bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali pisang berbuah lagi dan lagi.

Adakah kegembiraan ini sengaja disogokkan bagi menutup seketika kegelisahan rakyat terhadap percaturan politik negara yang akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan hari ini. Siapa pula jemaah menteri baharu lain. Tunggu!

Selepas ini, tolonglah! Kita sedang takut dengan mimpi ngeri, namun semakin dekat kita disogokkan dengan kengerian. Kita diberikan sedikit kegembiraan, tetapi itu bukan alasan untuk kita berpesta gembira. Belum masanya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI