fbpx

Suami ditemui ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan rawatan kecemasan awal ke atas seorang lelaki selepas disyaki mengelar pergelangan tangan dalam kejadian di Taman Anggerik, Johor Jaya, Johor Bahru, Johor petang semalam. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang bertindak mengelar pergelangan tangan kirinya berjaya diselamatkan dalam kejadian di Jalan Anggerek, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.56 petang itu, lelaki berusia 39 tersebut ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam sebuah bilik berkunci.

Tindakan pantas isteri mangsa yang menghubungi talian kecemasan setelah mendapati suaminya berkelakuan pelik berkurung di dalam bilik berjaya menyelamatkan nyawa pasangannya.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, M. Haridass berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya ke lokasi kejadian.

Tambahnya, lelaki itu dipercayai mempunyai masalah peribadi sehingga tertekan dan mencederakan diri sendiri dan perkara itu disedari isterinya yang baru pulang daripada kuarantin dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sebelum menghubungi talian MERS berikutan khuatir keselamatan suami.

“Sebaik tiba anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kira-kira 12 minit. Kelihatan seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh sedar.

“Mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya menggunakan pisau. Dia diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini bagi mendapatkan rawatan susulan ,” katanya ketika dihubungi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI