PETALING JAYA – Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat melibatkan enam negeri yang dijangka akan berlaku sehingga 8 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri-negeri yang terlibat terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
“Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kintar. Sementara di Selangor pula hujan lebat dan ribut petir dijangka bakal melanda daerah Klang, Gombak, dan Petaling.
“Sementara itu di Negeri Sembilan, cuaca tersebut dijangka melanda Jelebu dan Kuala Pilah sementara di Johor pula, keadaan sama dijangka berlaku di Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya di sini tadi.
Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, ribut petir serta hujan lebat dijangka akan melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini.
“Kawasan terlibat di Sarawak ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Sementara di Sabah pula, keadaan ribut petir dan hujan lebat akan melanda daerah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929