fbpx

Ribut petir, hujan di negeri pantai barat Semenanjung hingga 26 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Fasa lemah Monsun Barat Daya (MBD) yang berlaku sekarang dijangka berterusan sehingga 26 Ogos dengan ribut petir dan hujan diramalkan pada petang dan malam sepanjang tempoh tersebut, khususnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan, negara masih mengalami musim MBD dijangka berakhir pada pertengahan September serta terdapat dua fasa iaitu fasa kuat (aktif) dan fasa lemah (kurang aktif).

Menurutnya, semasa fasa kuat, angin barat daya bertiup secara konsisten dan keadaan cuaca secara relatifnya kering, manakala semasa fasa lemah pula keadaan sebaliknya berlaku iaitu cuaca yang lembap disebabkan corak angin tiupan berbeza dengan semasa fasa aktif.

“Lazimnya terdapat penumpuan angin yang menyebabkan pergerakan udara ke atas atau pun tiupan angin lemah. Kedua-dua keadaan tersebut menyebabkan ribut petir dan hujan berlaku pada waktu petang sehingga malam.

“Kejadian ribut petir serta hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Daerah Gombak, Petaling dan Sepang) pada waktu petang dan malam semalam,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan pemantauan cuaca dan analisis imej radar, awan aktif telah terbentuk di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai barat, merangkumi Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sekitar pukul 2 petang semalam.

“Keamatan semakin meningkat sehingga meliputi hampir seluruh pantai barat Semenanjung pada sebelah petang.

“Pencerapan udara atas menunjukkan berlaku pertembungan angin dari arah barat laut dan tenggara yang membawa kelembapan tinggi dari Laut Andaman dan Selat Melaka, seterusnya menyumbang kepada pembentukan awan aktif dalam tempoh tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI