fbpx

Radzi berjaya kendalikan KPM dalam tempoh sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika mengadakan lawatan ke sekolah sebelum ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menguruskan sektor pendidikan negara ketika pandemik Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia berjaya dilakukan dengan cemerlang.

Itu tugas sukar yang berjaya dikendalikan bekas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin sepanjang memimpin Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 17 bulan lalu.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Komunikasi Korporat KPM, Datuk Syed Azidi Syed Abdul Aziz
menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Radzi bekerja hampir 20 jam sehari, tujuh hari seminggu dan tidak pernah ambil cuti tidak kira hujung tahun atau sewaktu perayaan.

“Beliau (Radzi) sentiasa bekerja walau ketika menyuap nasi ke mulut. Beliau bertemu dan berbincang serta bermesyuarat dengan Pengurusan Tertinggi Kementerian setiap hari termasuk hujung minggu dan hari cuti.

“Dalam tempoh masa singkat selaku Menteri Pendidikan, beliau telah membuktikan bahawa dirinya adalah antara Menteri yang terbaik pernah menerajui KPM,” katanya.

Katanya, Radzi berani melakukan perubahan demi kebaikan sistem pendidikan negara dan masa depan generasi pewaris bangsa.

Malah, katanya, Radzi juga berani mengambil risiko dengan melaksanakan dasar-dasar baharu yang tidak tersentuh oleh Menteri-Menteri Pendidikan sebelumnya.

Syed Azidi berkata, dalam tempoh amat singkat, Radzi berjaya menyelesaikan isu kekurangan lebih 18,000 guru, isu perpindahan guru-guru, isu pembahagian peruntukan penyelenggaraan sekolah dan isu bebanan tidak wajar terhadap murid sekolah rendah dengan menghapuskan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Malah, saat beberapa kerat individu hanya mampu terpekik terlolong mengenai keperluan kaedah pembelajaran secara off-line, KPM di bawah Radzi dalam tempoh rekod berjaya menyediakan saluran khusus untuk pembelajaran di rumah menerusi Didik TV KPM.

“Saat beberapa kerat manusia cuba menyekat pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewaktu pandemik, KPM di bawah Radzi berjaya melaksanaan peperiksaan dalam norma baharu yang cukup selamat sehingga SPM itu memberi keputusan yang terbaik dalam tempoh beberapa tahun,” katanya.

Selain itu, katanya, dalam tempoh singkat juga, Radzi adalah satu-satunya Menteri Pendidikan yang melawat lebih 100 buah sekolah.

“Lawatan tidak berjadual, singgah tanpa makluman awal, tidak bersambut dan tidak diraikan itu memberi dia ruang dan peluang melihat situasi sebenar premis sekolah KPM, suasana kerja guru dan situasi pembelajaran murid dan pelajar,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI