fbpx

PPV Stadium Bukit Jalil ‘diserbu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan ratusan individu berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil tular hari ini.

Beberapa video yang dimuat naik pemilik Twitter @JatIkhwan tular di laman media sosial apabila orang ramai menyifatkan kejadian seumpama itu menjadi antara penyebab peningkatan kes harian Covid-19.

“Ada pengikut Twitter minta saya kongsikan keadaan di PPV Bukit Jalil pagi tadi, katanya sampai sekarang masih ribuan orang termasuk bukan warganegara datang berasak-asak.

“Buat yang tanya kenapa dan apa yang sedang berlaku, ini pusat walk in pemberian vaksin. Saya difahamkan satu-satunya tempat yang bukan warganegara juga boleh datang dan hari ini adalah hari terakhir untuk walk in. Moga tak ada yang buruklah. Ada sesiapa di sana boleh sahkan keadaan?,” katanya tadi.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati terdapat pengguna media sosial yang mendakwa dia turut hadir di PPV tersebut tetapi keadaan adalah terkawal.

“Betul lah ni, tadi terkejut gila sebab dorang punya barisan tu sama panjang dengan stadium. Tapi no worries, semua terkawal je lepas dorang dah masuk duduk dalam stadium. Kesian juga dekat fronliners nak urus dorang terlalu ramai,” kata @syhndah_. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI