fbpx

Polis ambil keterangan Nadir dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dan Nadir.

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tersebut akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Kita telah menghubungi Nadir Al-Nuri dan dia sedia memberi kerjasama untuk diambil keterangan.

“Sementara Caprice pula, masih belum memberi sebarang maklum balas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Difahamkan, ia bertujuan untuk mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengambil keterangan kedua-dua pihak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI