fbpx

PM bertemu empat mata dengan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Muhyiddin.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari Istana Negara petang tadi.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya ke jawatan tersebut.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya menerusi satu entri di Facebooknya sebentar tadi. – K! ONLINE

Ahli Parlimen Bera, itu kini sah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI