fbpx

Perak terima khabar gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Noh

IPOH – Hasrat Perak FC mengguna khidmat Muhammad Azhar Mohd Apandi untuk perlawanan dengan Selangor FC di Stadium Perak malam ini hampir pasti tercapai selepas pemain itu yang dibenarkan beraksi, malam ini.

Kelulusan mengenai Azhar itu diterima daripada Unit pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengurus Besar (GM) Kelab itu, Azman Noh gembira dengan perkembangan terbaru mengenai bekas kapten skuad B-19 negara itu.

“Azhar boleh diturunkan malam ini kerana kami sudah terima surat kelulusan untuk dia bermain mulai malam ini,” kata Azman.

Sebelum ini hasrat Azhar beraksi untuk Perak FC dalam kempen Liga Super terhalang berikutan kesilapan teknikal yang berlaku semasa pendaftarannya pada tingkap perpindahan kedua awal Mei lalu.

Bagaimanapun tindakan Perak FC mendaftar dalam skuad Piala Presiden Perak merintis jalan buat Azhar, 22 beraksi dalam kancah Liga M, musim ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI