fbpx

Kesan empat ‘parut’ besar di Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JMG mengesan pembentukan sekurang-kurangnya empat parut di Gunung Jerai selepas kejadian kepala air pada Rabu lalu.-Foto SHAHIR NOORDIN

YAN – Tragedi kepala air di Gunung Jerai di sini membentuk sekurang-kurangnya empat kawasan runtuhan atau parut pada cerun gunung tertinggi di Kedah tersebut.

Ketua Cawangan Pakar Geologi Kejuruteraan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Dr. Ferdaus Ahmad berkata, hasil pemerhatian secara visual mendapati terdapat empat kesan runtuhan yang besar pada tubir gunung berkenaan.

“Kita lihat terdapat sekurang-kurangnya empat permukaan lebih luas menunjukkan runtuhan telah berlaku akibat kejadian kepala air atau kita panggil bencana geologi.

“Berdasarkan maklumat penduduk di sini (Yan), scar (parut) itu sebelum ini dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan dan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemerhatian dan tinjauan bersama Pengarah JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun di sini hari ini.

Kata beliau, bencana geologi tersebut adalah proses semulajadi yang boleh berlaku apabila terdapat gabungan jenis batu, jenis retakan tertentu dalam batuan selain ditambah dengan faktor penyumbang lain seperti hujan dan gegaran di mana-mana kawasan bercerun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI