fbpx

Kerani rugi RM12,600 diperdaya ‘LHDN dan polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang kerani wanita berusia 36 tahun mengalami kerugian RM12,600 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 29 Jun lalu apabila mangsa dari Mentakab di Temerloh menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

“Pemanggil memperkenalkan diri daripada pihak LHDN dan mengatakan mangsa mempunyai cukai tertunggak atas perniagaan syarikat yang mangsa sendiri tidak tahu.

“Mangsa kemudiannya disambungkan kepada pegawai LHDN Cyberjaya sebelum disambungkan pula kepada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang dimaklumkan maklumat dirinya disalahguna pihak lain dan terlibat dengan kes jenayah,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pada 5 Julai lalu, mangsa menerima pesanan WhatsApp memperkenalkan diri sebagai pihak polis dari IPK Pahang yang meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Katanya, mangsa kemudiannya telah membuat pemindahan wang di bank berjumlah RM12,600 ke akaun berkenaan pada hari sama.

“Mangsa kemudiannya menyedari ditipu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI