fbpx

Ismail Sabri beredar dari Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri Yaakob melambai ke arahpetugas media semasa meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 3.35 petang selepas istiadat mengangkat sumpah sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara pada pukul 3.25 petang setelah istiadat pelantikannya disempurnakan kira-kira pukul 2.45 petang hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kira-kira pukul 2.30 petang.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri membacakan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI