fbpx

Ebit lawat rumah imam 90 tahun di Yan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit melawat rumah seorang bekas imam berusia 90an.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meneruskan misi bantuan dan ziarah penduduk di Yan, Kedah yang dilanda banjir teruk.

Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya tadi berkata, dia bersama pasukannya menziarahi rumah bekas imam berusia 90an bagi memberi sedikit sumbangan dan kata-kata semangat.

“Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga.

“Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun. Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ini masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar. Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan,” katanya hari ini.

Ebit turut memberitahu, pasukannya itu diiringi oleh ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Jamek Yan, Kedah selain turut berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk yang saling bantu-membantu.

“Semoga Allah beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga Allah beri ketabahan buat penduduk di sini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid di sini.

“Terima kasih AJK masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua NGO dan penduduk kampung yang saling bantu membantu,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI