fbpx

Dua mangsa kepala air belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air dari Gunung Jerai pada Rabu lalu diteruskan. -Foto SHAHIR NOORDIN

YAN – Dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu masih belum ditemui walaupun operasi mencari menyelamat (SAR) di sekitar Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Batu Hampar sudah masuk hari keempat hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kekuatan penugasan dalam operasi tersebut ditambah kepada 400 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi dengan radius pencarian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Bermula hari ini juga, pihak Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) membantu dengan melakukan rondaan di kawasan muara sungai.

“Dengan penambahan keanggotaan ini, kita berharap kedua-dua mangsa yang masih hilang itu dapat ditemui,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Dua mangsa yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah, 93.

Menurutnya, operasi SAR turut dilakukan dengan menggunakan jentera seperti jengkaut yang mana terdapat kemungkinan mangsa tertimbus di bawah timbunan batang pokok dan batu.

“Terdapat beberapa petunjuk dan kita telah plotkan kawasan tersebut dan pencarian dilakukan dengan lebih mendalam termasuk melakukan kerja-kerja menggali serta menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9),” ujarnya.

Shahnaz pada masa sama turut menasihatkan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turun menghulurkan bantuan makanan dan tenaga membersihkan kawasan rumah terjejas agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

“Kita dapat lihat memang ramai NGO yang turun dan saya juga ingin menasihatkan kepada mereka supaya mendaftar terlebih dahulu dengan pusat kawalan operasi bencana supaya bantuan dapat diselaraskan dengan teratur,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga telah bertindak menutup kawasan terjejas bencana bagi mengelak orang awam masuk dan berkumpul di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI