fbpx

Didin intai lakar kejutan di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDIN akan menggalas harapan negara dalam sukan badminton apabila diletakkan sasaran pingat emas bagi kategori perseorangan lelaki SU5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

PEMAIN badminton para negara, Didin Taresoh tetap memasang hajat untuk cuba memenangi pingat buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula 24 Ogos hingga 5 September depan.

Layak ke Paralimpik pada usia 46 tahun pastinya sedikit sebanyak memberi cabaran kepada Didin kerana perlu berdepan atlet-atlet lain yang jauh lebih muda daripadanya dalam kategori perseorangan lelaki SS6.

Dia yang juga seorang guru Matematik mengakui, biarpun tidak lagi berada pada zaman kemuncaknya ketika bergelar pemain No.1 dunia, namun dia tekad untuk memberikan aksi terbaik apabila melangkah ma­suk ke dalam gelanggang.

“Saya sangat bangga dan teruja kerana dapat mewakili negara ke Paralimpik walaupun zaman kemuncak sudah berlalu 20 tahun. Apa yang paling manis adalah saya berjaya melayakkan diri secara merit.

“Walaupun sedar saya bukanlah pemain pilihan di sana nanti tetapi saya akan cuba berikan segala-galanya untuk dapatkan pingat buat negara, tidak kira warna apa sekali pun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, atlet kelahiran Sabah itu juga gembira ke­rana berpeluang untuk berguru dengan legenda perseorangan lelaki tanah air, Datuk Rashid Sidek dalam persiapan bagi menghadapi temasya sukan empat tahun sekali itu.

Tambahnya, dia berada dalam keadaan cukup bersedia ketika ini dari segi fizikal kerana tidak ada sebarang kecederaan, namun tetap berwaspada dengan situasi pandemik Covid-19 yang belum reda.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang berguru dengan Datuk Rashid walaupun bagi tempoh sebulan sahaja. Banyak tips yang beliau berikan bagi memperbaiki corak permainan saya.

“Saya sangat gembira kerana sudah berjaya mengatasi fobia beraksi di depan jaring memandang­kan ia salah satu faktor yang menyebabkan pinggang dan lutut kanan saya cedera,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI