fbpx

Covid-19 sepatutnya menginsafkan pemimpin – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Istiadat Konvokesyen ke-13 USAS.

IPOH – Pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi harus menginsafkan pemimpin yang telah diamanahkan untuk melakukan penetapan semula perkara-perkara utama dalam urus tadbir negara berteraskan prinsip keadilan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, prinsip keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada mereka yang pakar dalam bidangnya.

Baginda bertitah, ahli falsafah Islam, Ibnu Khaldun dalam karyanya, Mukadimah yang dihasilkan kira-kira 800 tahun lalu, memberikan peringatan bahawa sesebuah tamadun akan runtuh apabila pemerintahan gagal melaksanakan keadilan.

“Pada zaman silam, ulama mentafsirkan, apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia.

“Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi, dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan,” titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke- USAS yang berlangsung secara maya hari ini.

Teks titah perasmian itu dibacakan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang juga Pro-Canselor USAS, Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Zainuddin.

Sementara itu, majlis konvokesyen ini menyaksikan seramai 1,292 graduan terlibat dengan 757 adalah lulusan Fakulti Pengajian Islam dan 536 orang Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Perisytiharan penganugerahan dibuat oleh Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi merangkumi dua penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (59), Sarjana Muda (288) dan Diploma (943).-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI