SHAH ALAM – Cubaan seorang pemuda cuba membunuh diri akibat putus cinta gagal apabila berjaya dipujuk bomba dalam kejadian di jejambat Bukit Jelutong Lebuh Raya Guthrie di sini, hari ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 pagi.
Katanya, pihaknya yang tiba dua minit kemudian mendapati lelaki berusia 20an itu berada di atas jejambat yang berketinggian kira-kira 10 meter.
“Usaha memujuk dilakukan dengan polis mengawal lalu lintas di bahagian bawah selain menyediakan sebuah lori kontena berhampiran pemuda itu.
“Kita mengambil masa sepuluh minit dalam pujukan sebelum lelaki itu kemudiannya turun pada lori kontena tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Jelas beliau, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929