fbpx

Angelina Jolie wujudkan akaun Instagram demi rakyat Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jolie wujudkan akaun Instagram rasmi untuk bersuara bagi pihak rakyat Afghanistan

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Aktres popular Amerika Syarikat (AS), Angelina Jolie mewujudkan sebuah akaun Instagram rasmi semata-mata untuk bersuara mengenai konflik yang sedang berlaku di Afghanistan, lapor stesen penyiaran Fox News, hari ini.

Sejak akaun itu diwujudkan semalam, Jolie berjaya meraih 3.4 juta pengikut dalam masa 24 jam dan status perdananya mendapat lebih sejuta tanda suka.

Status pertama bekas isteri Brad Pitt itu adalah mengenai pembelaan kaum wanita di Afghanistan yang kini berdepan ketakutan selepas Taliban menguasai negara itu.

Status pertama Jolie mendapat lebih sejuta tanda suka. – Instagram

Jolie memaklumkan bahawa dia menerima sepucuk surat daripada seorang remaja wanita Afghanistan yang meluahkan perasaan berkenaan konflik yang sedang melanda negara itu.

Remaja itu terpaksa mengirimkan surat fizikal kerana tentera Taliban sedang mengawasi semua platform media sosial yang melibatkan aduan berkenaan kumpulan itu.

“Sungguh menyedihkan apabila melihat rakyat Afghanistan dipindah keluar dari negara sendiri kerana ketakutan dan ketidakpastian yang melanda tanah air mereka.

“Membelanjakan begitu banyak masa dan wang hanya untuk menumpahkan darah dan kehilangan nyawa adalah kegagalan yang hampir mustahil untuk difahami,” tulis Jolie.

Jolie sangat terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan malah sering melawat negara-negara dunia ketiga bagi menghulurkan bantuan di bawah agensi-agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI