fbpx

Aksi ‘derbi London’ menghangatkan FPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENARAI pemain yang diramalkan melonjakkan saham para pemain Liga Fantasi Kosmo!

Daripada IRFAN BURHANUDDIN

PERTEMUAN ‘derbi London’ antara Arsenal dan Chelsea menjadi aksi paling dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak bagi saingan minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Boleh dikatakan semua pe­ngurus Fantasy Premier League (FPL) bakal mencorakkan beberapa perubahan dalam pemilihan barisan pemain mereka susulan aksi minggu pertama sebelum ini.

Justeru, Kosmo! memberikan beberapa tips kepada para pe­ngurus FPL untuk meningkatkan jumlah mata terkumpul sekali gus memperbaiki kedudukan dalam saingan liga terutama mereka yang menyertai keme­riahan Liga Fantasi Kosmo!.

KAPTEN
Mohamed Salah begitu cemerlang dengan satu gol dan dua umpanan jaringan membenam Norwich minggu lalu. Tidak mustahil Salah sekali lagi mampu menggembirakan para pengurus FPL.

PENYERANG
Danny Ings kekal menjadi pilihan memandangkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins masih lagi mengalami kecederaan lutut. Neal Maupay juga boleh menggalas sandaran selepas meledak satu gol buat Brighton minggu lepas.

TENGAH
Kevin De Bruyne dijangka ada dalam kesebelasan utama selepas mempamerkan prestasi cemerlang walaupun masuk sebagai pemain gantian ketika tewas kepada Tottenham Hotspur. Mason Greenwood dan Bryan Mbeumo adalah alternatif yang boleh ada dalam pasukan.

PERTAHANAN
Trent Alexander-Arnold telah membuktikan kemampuannya dengan pelbagai hantaran yang dapat mengelirukan pertahanan lawan pada minggu pertama. Ruben Dias juga boleh mengutip mata penuh selain Luke Shaw diramal mampu meninggalkan impak.

PENJAGA GOL
Robert Sanchez menjadi pilihan minggu kedua apabila berdepan Watford di laman sendiri. Meskipun bolos ketika bertemu Burnley minggu lalu, penjaga gol Brighton ini dijangka mampu mempamerkan aksi cemerlang sebagai benteng terakhir pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI