fbpx

21 petugas HSA positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultanah Aminah

JOHOR BAHRU – Satu kluster Covid-19 telah dikesan di Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, di sini membabitkan seramai 21 orang petugas kesihatan.

Pengarah HSA Johor Bahru, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan itu dikesan hasil aktiviti saringan termasuk pengesanan kontak dijalankan susulan daripada pengumuman yang dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam.

Katanya, pengurusan HSA Johor Bahru telah bertindak segera untuk mengawal serta mengekang penularan jangkitan Covid-19 di fasiliti tersebut.

“Langkah-langkah kawalan tersebut adalah merangkumi mengenal pasti kontak rapat di tempat kerja, rumah dan sosial serta melakukan saringan calitan tekak terhadap kontak rapat di tempat kerja, rumah termasuk sosial.

“Langkah susulan yang diambil juga melibatkan tindakan merawat, pemantauan dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit dan kontak.

“Kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman juga telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat dan pengoperasian Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr. Mohtar memberitahu, Unit Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran akan memantau tahap kesihatan semua petugas terlibat termasuk amalan kawalan infeksi diperketatkan dan dipantau oleh Unit Kawalan Infeksi di kalangan kakitangan dan petugas kesihatan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI