fbpx

110,174 keluarga terima Bakul Prihatin Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki menyerahkan sumbangan Bakul Makanan Negara kepada sebuah keluarga di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengagihkan Bakul Prihatin Negara kepada 110,174 keluarga setakat semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 388,801 isi rumah di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat semalam juga, JKM telah menerima 466,216 permohonan Bakul Prihatin Negara dari seluruh negara.

“Terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang menyokong usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Semoga usaha murni ini akan memberi dorongan kepada sektor swasta lain untuk turut bersama-sama memberikan bantuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI