fbpx

Song Ji-Hyo gemar ‘bermain’ cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JI-HYO

BIARPUN memulakan karier sebagai pelakon, namun sebenarnya populariti aktres Song Ji-hyo meroket sejak menyertai program popular Running Man pada 2010 silam.

Pelakon wanita itu baru-baru ini turut berkongsi perasaan sayang terhadap program berkenaan yang sudah lebih sedekad disertainya.

“Running Man merupakan sebahagian daripada hidup saya. Saya menyertainya pada usia awal 30-an. Kini saya sudah berusia 41 tahun.

“Saya menghabiskan keseluruhan hidup bersama program tersebut. Saya berharap agar dapat terus bekerja dengan ahli dan kru seperti waktu ini,” luahnya.

Pada masa sama, Ji-hyo juga tidak segan menjawab ‘hubungan cinta’ bersama Kim Jong-kook yang mula berbangkit dalam program tersebut sejak kebelakangan ini.

“Itu semua tidak benar dan hanya lakonan semata-mata. Jujur saya berasa selesa ‘bermain’ seperti ini, lebih-lebih lagi apabila mengusik Jong-kook,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI