fbpx

Sanggup belanja RM10,000 pasang jalur gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan (depan kanan) bersama penduduk ketika Kempen Jalur Gemilang, hari ini. /FOTO ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Suasana kampung Jalan Pengkalan Batu 4, Rantau Panjang di sini meriah dengan pemasangan 700 jalur gemilang dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk.

Keceriaan itu turut ditampilkan dengan membuat replika motosikal menerusi barangan kitar semula.

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Pengkalan Batu 4, Ramlan Hassan, langkah itu memastikan patriotisme penduduk tidak luntur walaupun berdepan pandemik Covid-19.

Katanya, semangat berjuang juga harus ditekankan ketika ini untuk bersatu-padu menangani wabak virus korona.

“Kos keseluruhan pemasangan jalur gemilang itu mencecah RM10,000 hasil tabung persatuan penduduk sendiri.

“Ini adalah program julung kali diadakan selaras penubuhan pertama persatuan dalam memupuk dan menekankan kepentingan patriotisme dalam membentuk kestabilan dan kemakmuran terutama dalam pandemik ini,” katanya ketika ditemui sempena kempen kibar Jalur Gemilang di kampung tersebut hari ini.

Sementara Pegawai Penerangan Daerah Klang, Siti Rosliza Ibrahim berkata, usaha persatuan tersebut wajar dicontohi dalam membangkit dan menyemaikan nilai cintakan negara ketika bulan kebangsaan.

“Walaupun berdepan pandemik, kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab untuk sama-sama menyambut Hari Kebangsaan ke-64,” katanya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI