IPOH – Sesuatu harus dilakukan supaya kesan sejarah pertempuran di Slim River semasa Perang Dunia Kedua kekal diketahui generasi muda khususnya warga setempat.
Pertempuran Slim River berlaku pada 6 Januari 1942 melibatkan rejimen infantri Jepun bersama 20 kereta kebal dengan dua buah briged Tentera British.
Ketua Penyelidik dan Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya, Shaharom Ahmad berkata, pertempuran ini juga mempamerkan keberkesanan pasukan kereta kebal Jepun.
Menurut beliau, malangnya tiada sebarang catatan atau batu tanda diletakkan di lokasi bekas pertempuran ini menyebabkan kisahnya dipandang sepi.
“Slim River merupakan paksi laluan bagi kemaraan penting tentera Jepun dari utara, kerana setelah dari sini mereka mara ke Tanjung Malim seterusnya ke Kuala Lumpur,
“Walaupun pertahanan tentera British dan India dikalahkan tetapi dipihak Jepun pula menyaksikan empat buah kereta kebal mereka berjaya dimusnahkan,” ujarnya kepada Kosmo!
Kesan tinggalan perang yang ada termasuk batu peringatan Jepun, jambatan di Trolak, laluan jalan lama antara Trolak dan Slim River dan jambatan yang tidak dimusnahkan oleh British di Kampung Slim. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929