fbpx

Petani daftar projek pertanian di Pahang elak lambakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Soffi (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan prihatin Pahang kepada seorang penerima, hari ini.

BENTONG – Kerajaan negeri akan menetapkan supaya semua petani di negeri ini membuat pendaftaran projek penanaman yang akan dilakukan dalam usaha memastikan tiada lambakan hasil yang boleh merugikan mereka kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, Datuk Mohd Soffi Abd. Razak berkata, cadangan langkah kawalan berkenaan perlu bagi memastikan perancangan dan persediaan awal dapat dilakukan yang mengambilkira pasaran hasil pertanian.

“Kerajaan negeri mencadangkan supaya petani-petani mendaftar agar kita tahu (penanaman dilakukan) sebab sekarang ini bila petani tidak daftar, kita tidak tahu sebenarnya ramai mana petani yang mengusahakan tanaman atau menjalankan aktiviti pertanian khususnya pada skala yang besar.

“Kalau kita tahu ramai yang menanam timun (sehingga melebihi permintaan) mungkin kita boleh nasihatkan mereka melakukan tanaman lain, selain itu juga kita boleh melakukan persediaan awal sekiranya berlaku sebarang kemungkinan,”katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan prihatin Pahang dan peruntukan khas menteri besar Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Sumbangan melalui kaedah pandu lalu itu melibatkan lebih 100 penerima yang meliputi insentif pemberian jubah, insentif pengusaha kantin dan dewan makan serta insentif kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan akibat kejatuhan mendadak harga timun kepada hanya 20 sen sekilogram membuatkan seorang petani, Zulkarnain Abdul Razak,48, bertindak nekad memusnahkan kesemua pokok timun yang ditanamnya di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Inderapura di Kuantan.

Zulkarnain dilaporkan berkata dia tiada pilihan lain selain memusnahkan kesemua pokok timun berkenaan daripada terus menanggung kerugian akibat kejatuhan harga. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI