fbpx

Pesawat kosong tinggalkan Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej yang menunjukkan keadaan pesawat tentera Britain yang kosong meninggalkan Kabul 18 Ogos lalu.- Pen Farthing

KABUL – Sekeping foto menunjukkan sebuah pesawat penyelamat hampir kosong dan hanya membawa isteri seorang bekas komando tentera laut meninggalkan Kabul, biarpun Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sedang menyelamatkan ribuan warga Barat dan penduduk Afghanistan yang cuba melarikan diri daripada kumpulan Taliban, lapor laman Mail Online kelmarin.

Paul ‘Pen’ Farthing yang merupakan ekspatriat Britain yang menetap di Kabul telah terpisah dengan isterinya akibat kemelut yang melanda Afghanistan.

Farthing kelmarin menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter berkata, isterinya dalam perjalanan pulang ke Britain dan berkongsi imej keadaan di dalam pesawat itu yang dipercayai  milik Norway.

“Kaisa (isterinya) kini dalam perjalanan pulang. Namun, pesawat ini kosong ketika ribuan orang menunggu di luar lapangan terbang Kabul kecewa kerana tidak dapat masuk.

“Menyedihkan kerana mereka akan ditinggalkan apabila misi ini tamat memandangkan kita tidak melakukannya dengan betul,” kata bekas tentera laut itu.

Setiausaha  Pertahanan Britain, Ben Wallace berkata, negara itu sedang menggunakan semua ruang yang ada di dalam pesawat penyelamatnya dan menekankan dalam usaha itu, ‘setiap jam adalah bermakna’.

Namun, terdapat laporan minggu ini yang mengatakan pesawat penyelamat meninggalkan Afghanistan dengan hanya membawa jumlah penumpang yang kecil biarpun ribuan penduduk tempatan dan rakyat asing masih terperangkap di Kabul.

Menurut akhbar Times, sekurang-kurangnya sebuah jet Tentera Udara Diraja Britain (RAF) telah dipaksa meninggalkan Afghanistan dalam keadaan separa penuh ekoran Taliban enggan membenarkan warga Afghanistan masuk ke dalam lapangan terbang di Kabul.

Sumber kerajaan juga memberitahu akhbar itu bahawa jemaah menteri belum memberikan tarikh persetujuan untuk ‘menamatkan  misi membawa keluar penduduk Afghanistan atau menghantar pasukan tentera.’ 

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata kelmarin bahawa  seramai 6,000 orang telah dibawa keluar dengan menaiki penerbangan tentera. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI