fbpx

Penyamaran, 2,000 penguatkuasa KPDNHEP ditugaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNOL Zam Zam Ahmad (depan dua dari kanan) ketika meninjau operasi perniagaan serta Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Gurney Paragon, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Lebih 2,000 anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara akan melakukan penyamaran bagi menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan yang dibuka mulai 16 Ogos lalu.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, menerusi Ops Samar, anggota penguatkuasa akan berpakaian preman dan menyamar sebagai pelanggan bagi meninjau pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pelanggan.

Menurutnya, operasi itu membabitkan kawasan tumpuan pelanggan yang telah dikenal pasti seperti pusat beli belah, kedai makanan, kedai gunting rambut dan lain-lain sektor ekonomi yang melibatkan orang ramai.

“Pemilik premis dan pelanggan perlu memastikan hanya yang telah lengkap divaksin sahaja boleh melakukan aktiviti seperti ‘dine-in’.

“Apa yang boleh dikatakan sekarang ialah gerak geri anda diperhatikan oleh anggota penguatkuasa,” katanya pada sidang khbar selepas meninjau operasi perniagaan serta Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di pusat beli-belah Gurney Paragon di sini hari ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI