fbpx

[VIDEO] Pengasas Rumah Bonda didakwa abai kanak-kanak sindrom down

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun (kiri) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Sesyen Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down hingga mengalami kecederaan Jun lalu.

Bagaimanapun Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari sehingga Jun tahun ini yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan alasan kes melibatkan kepentingan awam dan mendapat perhatian media

“Dalam kes ini mangsa merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) selain pihak pendakwaan turut memohon tertuduh tidak mangganggu mangsa dan saksi,” katanya

Terdahulu, Kosmo! pada 6 Julai lalu melaporkan tentang seorang remaja OKU sindrom Down melecur di beberapa anggota badan akibat didera disyaki oleh penjaganya di sebuah premis yang dipercayai menjadi pusat jagaan kanak-kanak OKU di Wangsa Maju. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI