fbpx

Pekebun durian Raub rugi RM20,000 diperdaya ‘pegawai’ LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pekebun durian di Raub mengalami kerugian RM20,000 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula kelmarin selepas mangsa yang berusia 23 tahun menerima satu panggilan telefon ketika berada di kebunnya di Sungai Klau, Raub.

“Pemanggil terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan meminta mangsa memberikan butiran diri untuk pengesahan.

“Selepas membuat pengesahan identiti, mangsa disambungkan pula ke talian lain dan bercakap dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Alor Setar, Kedah,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diberitahu suspek namanya didaftarkan atas sebuah syarikat yang mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM17,000 dan dia dikehendaki membayar segera bagi mengelak tindakan mahkamah.

Ujar beliau, pada pukul 3.29 petang hari yang sama mangsa melakukan pemindahan wang sebanyak RM20,000 ke satu akaun yang diberikan suspek.

“Selepas transaksi itu dilakukan suspek bertindak menamatkan talian menyebabkan keesokannya mangsa pergi ke pejabat LHDN cawangan Raub bagi membuat semakan namun mendapati namanya tiada dalam rekod cukai tertunggak.

“Mangsa menyedari ditipu datang ke IPD Raub untuk membuat laporan berhubung kejadian itu dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI