fbpx

Pejalan kaki maut terpelanting atas bumbung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terpelanting selepas dilanggar sebuah kereta Ptoron Perdana di SKVE tengah hari tadi. /FOTO IHSAN PDRM

SEPANG – Seorang pejalan kaki menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer (km) 1.3 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari, mangsa seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti mengalami kecederaan pelbagai pada anggota badan selepas terpelanting ke atas bumbung kereta itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Kajang menghala Puchong dan dipandu di lorong paling kanan.

“Bagaimanapun sebaik sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba mangsa terus melintas di hadapan laluan kereta dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa terpelanting ke atas bumbung kereta dan mengalami pelbagai kecederaan pada anggota badan,” katanya menerusi kenyataan akhbar sebentar tadi.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI