fbpx

Pejalan kaki maut dipercayai warganegara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejalan kaki sebuah kereta di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) tengah hari tadi dipercayai warganegara India.

SEPANG – Pejalan kaki tanpa identiti yang maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) tengah hari tadi dipercayai warganegara India berusia antara 25 hingga 30 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati tiada tanda suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) pada lengannya.

“Spesimen si mati diambil untuk (ujian) kimia manakala cap jari dihantar ke Pusat Identifikasi Forensik Setempat,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pejalan kaki maut di tempat kejadian selepas dilanggar kereta jenis Perdana dari arah Kajang menghala ke Puchong di SKVE, pukul 12.15 tengah hari tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI