fbpx

Misi besar Yusof Hafizi buru pingat Paralimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD YUSOF enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi, namun akan berusaha untuk menaiki podium pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang bermula 24 Ogos ini.

ATLET berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin sentiasa percaya dengan kemampuannya untuk memburu kilauan pingat pada Sukan Para­limpik Tokyo 2020 nanti.

Bagaimanapun, itu bukan alasan buat atlet kelahiran Kuala Kangsar, Perak tersebut untuk tidak memberi tentangan hebat selepas mengambil bahagian dalam empat acara iaitu 3,000 meter, pecut berpasukan, individu ujian masa dan lebuh raya.

Jelas Yusof, 24, antara negara yang bakal menjadi pesaing besarnya adalah China, Britain, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

“Beraksi pada temasya Sukan Paralimpik adalah impian saya sejak dahulu lagi. Kini saya bersemangat bersama pasukan negara untuk melakukan sebaik mungkin di Tokyo.

“Pada saingan itu, saya tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi, namun impian untuk menaiki podium tetap ada dalam diri saya.

“Saya yakin pada kejohanan itu segala kemungkinan akan berlaku. Sudah pasti semua atlet mahukan kemenangan, justeru saya mahu berikan yang terbaik untuk negara dan tidak akan menyerah kalah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Yusof sebelum ini tampil cemerlang pada Sukan SEA apabila meraih tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa. Bagi Sukan Para Asia 2019, dia juga menyum­bang pingat perak acara kejar mengejar individu di Jakarta.

Selain itu, Yusof turut meraih pingat gangsa ketika menyertai Kejohanan Berbasikal Para Dunia di Kanada dalam acara scratch.

Selain Yusof, cabaran skuad berbasikal di Tokyo turut digalas Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairie Ahmad Tarmizi, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais dan Nurul Suhada Zainal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI