fbpx

MEEDC sasar buka 222 pusat khidmat usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyasarkan untuk membuka 222 pusat khidmat usahawan di setiap parlimen di seluruh negara.

Presidennya, Tengku Adena Tengku Abdullah berkata, dengan adanya pusat khidmat itu, ia akan menjadi pusat pemantauan pendidikan, pembangunan dan perniagaan keusahawanan di setiap parlimen.

Menurut beliau, antara fokus pusat tersebut adalah untuk mengembangkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan kepada pengeluaran produk halal supaya dapat meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Kami juga akan memper­kenalkan satu program nasional iaitu Program Pemecut SME2IPO yang dilihamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj.

“Melalui program ini, usahawan yang berhasrat untuk membina syarikat akan dibimbing sehingga mereka mampu dise­naraikan di Bursa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Tengku Adena memaklumkan, MEEDC bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi ­penyokong utama kerajaan dalam memperkasakan pembangunan ekonomi dan keusahawanan di seluruh parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, MEEDC ditubuhkan sebagai pusat pemantauan, pe­rancangan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan nasional ke peringkat antarabangsa.

“Berpandukan kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030, MEEDC menjadikan enam teras utama sebagai panduan membimbing, membina, dan pembudayaan keusahawanan di peringkat nasional,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI