fbpx

Majlis Raja-Raja Melayu selesai bersidang pilih PM ke-9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja Melayu selesai bersidang bagi menentukan Perdana Menteri ke-9 di Istana Negara sebentar tadi.

Kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu dilihat keluar meninggalkan Istana Negara bermula pukul 4.21 petang ini.

Kenderaan rasmi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terlebih dahulu dilihat meninggalkan Istana Negara diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira pukul 4.25 petang kenderaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pula keluar dari Istana Negara.

Tiga minit kemudian kenderaan rasmi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilihat meninggalkan Istana Negara.

Seterusnya Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dilihat beredar, namun sempat membuka tingkap dan melambai ke arah petugas media. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI