fbpx

Lepas bertih jagung, Caprice tayang gambar tupai pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tupai melompat yang dimuatnaik Caprice mencetuskan tanda tanya adakah itu luahannya terhadap apa yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia.

PETALING JAYA – Selepas memuat naik hantaran berupa emoji bertih jagung (popcorn) yang seolah-olah saru gambaran sedang menyaksikan sebuah naratif wayang yang ‘diselongkar’. aktivis kemanusiaan, Carprice hari ini berkongsi satu hantaran terbaharu berupa seekor tupai yang sedang melompat.

Perkongsian pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu sekali gus mengundang banyak terjemahan netizen apabila rata-rata mengaitkan gambar haiwan tersebut dengan pepatah Melayu yang berbunyi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Menjengah dalam ruangan komen, perbuatan Caprice turut dilihat mencetuskan rasa kurang senang segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sengaja cuba memecahbelahkan masyarakat.

“Ko (kau) ini penyatu ummah ke pemecah belah ummah?” soal seorang pengguna Instagram.

“Jangan memusuhi sesama sendirilah. Dendam pun jangan,” kata seorang lagi netizen.

Semalam, Caprice berkongsi satu hantaran status dalam InstaStorynya berupa bertih jagung sehingga menimbulkan tanda tanya ramai.

Untuk informasi, hubungan antara pemuzik itu bersama pendakwah terkenal, Ebit Lew telah mencetuskan perbalahan ekoran satu permasalahan yang timbul berkaitan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah melakukan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuk telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini (semalam) atau esok (hari ini), itu kena tanya mereka sendiri,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Terdahulu, Ebit Lew hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang tular menerusi video, baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI