fbpx

Lembu bengis ‘tawan’ pantai Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu liar di Lozzi, Perancis tidak suka berkongsi pantai dengan manusia dan sering bertindak mengejar mereka keluar. - Getty Images

PARIS – Beberapa pantai di Lozzi, Perancis terpaksa ditutup apabila ia ‘ditawan,  oleh kawanan lembu bengis yang bertindak menghalau semua pengunjung di situ, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Populasi lembu tidak bertuan yang kini mencecah 15,000 ekor menjadi masalah buat penduduk setempat apabila haiwan itu mula menguasai kebanyakan lokasi di wilayah tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, berlaku beberapa insiden pengunjung pantai diserang oleh lembu yang tidak suka untuk berkongsi kawasan pinggir pantai dengan manusia.

Datuk bandar Lozzi, Francois Acquaviva memberitahu akhbar tempatan Corse-Matin bahawa masalah tersebut  adalah serius dan bukan sekadar satu perkara yang melucukan.

“Sudah ada kes di mana seorang wanita itu ditanduk oleh lembu lhingga mengalami kecederaan serius pada  kakinya.

“Jika situasi ini berlanjutan, saya pasti akan ada kes kematian akibat diserang  kawanan lembu liar i,” jelasnya.

Sebilangan penduduk tempatan menyalahkan dasar pertanian Kesatuan Eropah (EU) yang mendorong petan untuk membeli lembu.

Namun begitu, apabila peraturan semasa diubah, lembu itu  banyak dibebaskan daripada pemilikan dan dibiarkan berkeliaran bebas tanpa pemantauan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI