LANSING, Michigan – Seorang lelaki di negeri Michigan, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan kecemasan apabila perbuatannya menyumbat enam biji kacang ginjal ke dalam zakar mengundang padah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai menyumbat kacang sebagai eksperimen ‘gila-gila’ dan berniat mahu mengeluarkannya kemudian.
Menurut doktor Hospital Sparrow yang mengetuai pembedahan mengeluarkan kacang ginjal itu, Margeaux Dennis, mangsa pernah melakukan perkara serupa sebelum ini tetapi kacang itu berjaya dikeluarkan.
“Masalah timbul kali ini kerana dia menambah jumlah kacang dan membuatkan ia tersekat dalam saluran kencingnya.
“Dia cuba menarik kecang itu keluar menggunakan penyepit tetapi tidak berjaya. Mangsa akhirnya datang ke hospital dan meminta bantuan pakar,” kata Dennis.
Keenam-enam biji kacang itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan sistoskopi dan uretra pembuangan bendasing dalam badan.
Dennis turut memberitahu tiada kecederaan lain yang ditemui pada bahagian zakar mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu. – Agensi