fbpx

Kes aktif dengan kebolehjangkitan semakin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 yang dicatatkan hari ini semakin meningkat dengan sebanyak 257,417 kes termasuk 1,062 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 518 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh merekodkan 21,448 kes manakala kes kematian Covid-19 sebanyak 233 melibatkan 199 warga Malaysia dan 34 warga asing selain  60 kes meninggal dunia di luar hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 23,564 kes harian, sebanyak 19,362 kes atau 82.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Beliau berkata,  sebanyak 431 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 23,133 kes (98.2 peratus) daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan status vaksinasi mengikut kategori, sebanyak 118 kes kategori lima dengan 108 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 77 kes kategori empat dengan 65 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 236 kes kategori tiga dengan 195 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 11,345 kes kategori dua dengan 9,463 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 11,788 kes kategori satu dengan 9,531 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 38 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 22 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI