fbpx

Kepada Allah kita berserah – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menaiki bas ketika menuju ke Istana Negara, semalam.

PETALING JAYA – Kepada Allah kita berserah.

Itu kata Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran terkini di laman Facebooknya sebentar tadi.

Hantaran yang turut disertai dengan gambarnya ketika berada di dalam bas semasa menuju ke Istana Negara semalam berkemungkinan ada kaitan dengan calon Perdana Menteri kesembilan yang dijangka akan diumumkan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri dikatakan telah memiliki 114 sokongan ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) selain sokongan dari Perikatan Nasional (PN).

Hari ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung di Istana Negara bagi perbincangan lanjut antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI