PETALING JAYA – Netizen menasihati usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin agar lebih kental dengan kecaman untuk merealisikan impiannya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Seorang netizen yang menulis di ruangan komen Aliff Syukri berkata, hendak jadi Perdana Menteri perlu jiwa kental tidak boleh cepat merajuk.
“Apo sikit-sikit merajuk, belum bab rakyat maki, baru sikit kena handle dah merajuk,” ujar Puan Farahim.
Kelmarin Aliff Syukri dan pelawak Zizan Razak dalam live di laman sosial Instagram dikatakan ‘bergaduh’ selepas melantik dirinya sebagai calon Perdana Menteri kesembilan dalam satu siaran langsung Instagram kelmarin.
Lebih lucu, dia turut melantik Zizan sebagai pembantunya, sekali gus menjadi calon Timbalan Perdana Menteri yang baharu.
Dalam live itu, Aliff Syukri tiba-tiba merajuk apabila diusik oleh Zizan mengenai caranya bercakap tidak kena sebagai seorang Perdana Menteri.
Seorang lagi netizen MrSarzimat berkata, hati Aliff Syukri perlu kental untuk melayan kerenah berjuta rakyat Malaysia.
“Baru Zizan seorang Datuk dah kecil hati, Rakyat Malaysia berjuta Dato macam-macam hendak selesaikan masalah pelbagai ragam nanti,” ujarnya.
Aliff Syukri turut bersetuju dengan seorang netizen yang mencadangkan agar slogan Malaysia Prihatin ditukar kepada Malaysia terlajak laris apabila dia menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.
“Menarik slogan itu saya akan pertimbangkan nanti,” ujarnya. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929