fbpx

Halep terus dihantui masalah kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALEP menarik diri pada pusingan kedua Terbuka Cincinnati. – AFP

OHIO – Bintang tenis Romania, Simona Halep sekali lagi dihimpit masalah kecede­raan dan terpaksa menarik diri pada pusingan kedua Terbuka Cincinnati menentang pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula awal pagi semalam.

Halep sebelum ini mula mengalami kecederaan sewaktu beraksi di Terbuka Itali pada Mei lalu dan masalah itu berlarutan mengakibatkannya menarik diri daripada Wimbledon sebulan kemudian selain turut terlepas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Meskipun dilaporkan sudah beransur pulih, namun kece­deraan itu berulang semula apabila dia mengadu mengalami kesakitan paha kanan ketika kemenangan pada pusingan pertama ke atas pemain Poland, Magda Linette Selasa lalu.

“Selepas perlawanan ­pusingan pertama, saya rasa sakit pada bahagian paha kanan. Saya terpaksa memanggil fisioterapi untuk membalut kecederaan ini tetapi ia tidak membantu.

“Malangnya selepas melakukan pemeriksaan lanjutan, saya didapati masih mengalami kecederaan dan terlalu berisiko untuk turun bermain hari ini (awal pagi semalam).

“Walaupun kecewa tetapi ini adalah keputusan terbaik. Saya akan berehat dan melakukan proses pemulihan yang perlu sebagai persediaan untuk Terbuka AS,” kata Halep.

Sementara itu, bekas pemain No.1 dunia, Andy Murray ter­singkir seawal pusingan kedua Terbuka Cincinnati apabila tewas straight-set kepada pilihan kesembilan, Hubert Hurkacz awal pagi semalam.

Juara tiga kali Grand Slam itu gagal mempamerkan aksi terbaiknya apabila tewas dengan keputusan 6-7, 3-6 kepada Hurkacz yang mara ke pusingan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI