fbpx

Ebit kekal popular, kem motivasi dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program motivasi kendalian Ebit sebelum pendemik Covid-19 sentiasa mendapat sambutan dan ia berterusan ketika dilakukan secara online ketika ini.

PETALING JAYA – Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.

Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.

“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun.

“Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice.

Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza.

Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI