KOTA KINABALU – Dua individu disyaki anggota kumpulan pengganas Abu Abu Sayyaf (ASG) mati ditembak pasukan keselamatan dalam kejadian berbalas tembakan di Pulau Timbang, Sandakan awal pagi tadi.
Kedua-dua lelaki tersebut ditembak mati sewaktu pasukan keselamatan menjalankan operasi khas bagi mengesan kumpulan berkenaan sekitar pukul 5 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bakal mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada pukul 11 pagi nanti.
Beliau berkata, pasukan keselamatan turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian.
Difahamkan, kejayaan pasukan keselamatan ini susulan daripada maklumat operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 8 Mei lalu.
Operasi mengesan beberapa lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf dilaksanakan pasukan keselamatan hasil daripada maklumat sebelum ini.
Pasukan polis berjaya mengesan dua ahli kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan namun berlaku kejadian berbalas tembakkan yang mengakibatkan dua lelaki terbabit maut ditempat kejadian.
Terdahulu, seramai lapan individu termasuklah dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort pada 8 Mei lalu. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929